Sunday 7 July 2013

Info Makan Untuk kulit Cantik


Pernah dengar ungkapan you are what you eat? Kami sangat bersetuju dengan ungkapan itu, terutamanya jika dikaitkan dengan kecantikan kulit. Janganlah salahkan masalah kulit yang dihadapi sekiranya anda tidak menjaga makan. Berikut merupakan makanan yang patut anda amalkan mengikut jenis kulit dan rutin penjagaan kulit anda.
blogtempofemininobablogspotcom Makan Untuk Kulit Cantik

Pelindung Sinar UV
Bayam mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV sekali gus membuatkan kesihatan kulit berada di tahap optimum.

Anti-Penuaan
Pecans atau kacang kemiri kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Untuk mengelakkan kulit daripada mengendur, pakar mencadangkan anda mengambil makanan yang kaya dengan agen antioksidan seperti beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia.

Kulit Berjerawat
Timun bukan sahaja bagus untuk menyegarkan kulit wajah, tetapi jika jusnya diminum, ia dipercayai mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam. Menurut pakar nutrisi, Elissa Brenner, mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat biasanya kekurangan zink yang boleh mengawal minyak dari dalam kulit. Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayur hijau, bayam, lobak, kentang dan ayam Belanda juga bagus untuk merawat jerawat. Cuba elakkan memakan makanan yang pedas, kurangkan gula dan hasil tenusu di dalam diet anda.

Kulit Kering
Untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering, pengambilan telur yang kaya dengan omega-3, safflowerdan minyak walnat penting untuk mengatasi masalah ini. Kandungan asid linoleik di dalamnya merupakan asid lemak yang harus ada di dalam diet harian anda.

Makanan Terpenting Untuk Kulit Cantik
Tidak kira apa jenis kulit anda, pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai agen antioksidan, Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi  sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kajian turut membuktikan, mereka yang mengamalkan pengambilan Omega-3 di dalam diet mereka boleh mengurangkan risiko kanser kulit sehingga 29 peratus. Sekiranya anda tidak mahu mengambil makanan tambahan, amalkan makanan seperti ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya untuk dijadikan sumber Omega-3 di dalam diet anda.
*Dengan info ini dapat memberikan kita menjaga kulit yang cantik dengan pengambilan makanan yang betul. sekian..

No comments:

Post a Comment