Saturday 6 July 2013

Hari Kek Lapis SARAWAK

Mari kita mengetahui kenapa 'kek Lapis Sarawak' SEDAP. Mahu cuba buat sediri....dan rasainya sendiri.
Mari...ikut langkah buat Resepi kek lapis Sarawak yang betul.

Hari ni saya nak share resepi 'Kek Lapis Sarawak' yang sangat SEDAP. Dengan texture kek yang halus ditambah dengan kelemakkan dan wangian butter yang digunakan, juga kelembutan dan kelembapan kek bertambah dengan ada nya jem dalam bancuhan tersebut.
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong

BAHAN D
Mewarna Hijau, kuning dan merah

Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.

Cara-Cara melapis:-
1.      Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2.      Alaskan dengan kertas minyak.
3.      Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebalnya.
4.      Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5.      Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6.      Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7.      Sapu sedikit butter di atas nya.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.


* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Post a Comment