Monday 8 July 2013

Resepi Makanan Kampung

Hari ini saya ingin kongsikan resepi makanan kampung iaitu kerabu ikan keli. Selalunya, makanan kampung susah dapati di tempat-tempat terutamanya di bandar besar. oleh itu, kita rindu akan makanan kampung kita. Mari kita cuma masakan yang senang dan cepat di masak ini...mesti sedap juga.

RESEPI KERABU IKAN KELI@SEMBILANG...



Bahan-bahan:

2 ekor ikan/ sembilang sederhana besar 
Minyak untuk menggoreng 
5 biji mangga muda (dihiris)
¼cawan kacang tanah (digoreng & ditumbuk)
4 biji bawang (dihiris)
5 biji cili padi (dihiris)
2 sudu besar daun ketumbur (dihiris)
1 batang daun bawang (dihiris)
Sos ikan secukupnya
2 sudu besar air limau nipis.

Cara:
  • Ikan keli/sembilang dicuci dan dikukus atau dipanggang sehingga masak. Apabla sejuk asingkan dengan minyak hingga garing. Kemudian masukkan semua bahan lain dan gaul sebati.
*selamat mencuba....;) tQ..

Sunday 7 July 2013

Info Makan Untuk kulit Cantik


Pernah dengar ungkapan you are what you eat? Kami sangat bersetuju dengan ungkapan itu, terutamanya jika dikaitkan dengan kecantikan kulit. Janganlah salahkan masalah kulit yang dihadapi sekiranya anda tidak menjaga makan. Berikut merupakan makanan yang patut anda amalkan mengikut jenis kulit dan rutin penjagaan kulit anda.
blogtempofemininobablogspotcom Makan Untuk Kulit Cantik

Pelindung Sinar UV
Bayam mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV sekali gus membuatkan kesihatan kulit berada di tahap optimum.

Anti-Penuaan
Pecans atau kacang kemiri kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Untuk mengelakkan kulit daripada mengendur, pakar mencadangkan anda mengambil makanan yang kaya dengan agen antioksidan seperti beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia.

Kulit Berjerawat
Timun bukan sahaja bagus untuk menyegarkan kulit wajah, tetapi jika jusnya diminum, ia dipercayai mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam. Menurut pakar nutrisi, Elissa Brenner, mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat biasanya kekurangan zink yang boleh mengawal minyak dari dalam kulit. Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayur hijau, bayam, lobak, kentang dan ayam Belanda juga bagus untuk merawat jerawat. Cuba elakkan memakan makanan yang pedas, kurangkan gula dan hasil tenusu di dalam diet anda.

Kulit Kering
Untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering, pengambilan telur yang kaya dengan omega-3, safflowerdan minyak walnat penting untuk mengatasi masalah ini. Kandungan asid linoleik di dalamnya merupakan asid lemak yang harus ada di dalam diet harian anda.

Makanan Terpenting Untuk Kulit Cantik
Tidak kira apa jenis kulit anda, pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai agen antioksidan, Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi  sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kajian turut membuktikan, mereka yang mengamalkan pengambilan Omega-3 di dalam diet mereka boleh mengurangkan risiko kanser kulit sehingga 29 peratus. Sekiranya anda tidak mahu mengambil makanan tambahan, amalkan makanan seperti ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya untuk dijadikan sumber Omega-3 di dalam diet anda.
*Dengan info ini dapat memberikan kita menjaga kulit yang cantik dengan pengambilan makanan yang betul. sekian..

Makanan Berkhasiat, Anak Sihat


Mari kita mengetahui serba sedikit tentang si comel terutamanya memberi makanan yang sihat kepada mereka..



Masuk sahaja usia 6 bulan, kebanyakan bayi sudah mula diperkenalkan kepada makanan pejal. Sedikit demi sedikit mereka belajar mengenali makanan yang pelbagai jenis dan rasa. Supaya anak terus mendapat makanan yang berkhasiat dan berguna untuk tumbesarannya, ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama. 
Setelah semakin membesar, tabiat pemakanan anak anda akan mula berubah. Begitu juga dengan keperluan pemakanannya. Tahun-tahun awal ini adalah waktu pesat untuk perkembangan fizikal dan mentalnya. Ini jugalah masanya tubuh memerlukan lebih nutrien untuk memastikan tumbesaran berjalan lancar. Ketika ini peranan ibu bapa sangat penting. Mereka perlu memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut anak benar-benar berkhasiat.
Untuk membantu anak mendapatkan nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum, ada beberapa tip boleh dijadikan amalan.
Tip 1: Beri protein yang mencukupi
Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat protein yang secukupnya.
Tip 2: Pastikan anak cukup zat besi
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak perlukan zat besi yang secukupnya.  Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli. Ketahuilah bahawa vitamin C yang ada dalam buah-buahan sitrus boleh untuk membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.
Tip 3: Hadkan pengambilan gula
Gula merupakan karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Jadi, pastikan anak anda tidak terlebih mengambil gula. Selain itu, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakkan anak minum banyak air kosong.
Anda juga perlu mengehadkan pengambilan snek yang manis oleh anak. Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya nutrien dan tenaga. Antara makanan yang disarankan ialah seperti buah-buahan kerana buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat kompleks pun bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri anak anda banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau bijirin. 
Tip 4: Jangan gunakan garam
Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk kanak-kanak dan selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi, elakkan membeli makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak. Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak, kurangkan penggunaan garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan mereka terutamanya bagi makanan bayi.
Tip 5: Pengambilan lemak baik
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan tubuh. Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak baik, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu banyak makanan berlemak boleh memudaratkan. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil anak perlulah seimbang.
Ketika menyediakan makanan untuk anak, pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolesterol. Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak makan makanan rendah lemak yang diformulasikan untuk orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan kerana bahan-bahan tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, ikan bilis dan tuna.
Tip 6: Tetapkan waktu makan
Ajarkanlah tabiat pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ini termasuklah bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan mengambil 3 hidangan utama dan  2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal ini membantu mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko obesiti.
Ibu bapa disyorkan agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar mereka dapat makan ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam bijirin, makanan kaya serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak anda kenyang sementara menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada dalam buah-buahan dan bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak dan membuatkan dia rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.
Tip 7: Makan bersama keluarga
Makan bersama keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang baik.
Info tambahan:
Omega 6 ada dalam :
  • Minyak kacang soya
  • Minyak canola
  • Biji labu
  • Sayur-sayuran hijau
  • Walnut

Keburukan Makanan Fast Food Dan Mee Segera

Kita sangat suka makan fast food pada waktu tertentu seperti sarapan pagi, makan tengahari mahupun  makan malam. Alasan tidak mahu lambat makan hanya makan fast food adalah malas masak, sibuk kerja la atau lain-lain. Jadi, kita tidak tahu apa kesan buruk makanan segera kepada diri kita. Hari ini, mari kita mengetahui keburukan makanan fast food dan mee segera dengan maklumat yang simple tetapi penting bagi kita faham....hehehe


 

Mereka (yahudi) menggalakkan kita makan makanan yang langsung tidak berkhasiat seperti makanan segera. Makanan segera (Fast food) adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disediakan dan dihidangkan dengan sangat cepat. Contohnya, mee segera.

Kepada penggemar mee segera, berhati-hati apabila mengambil mee segera sebagai makanan harian. Ini kerana, terdapat sejenis lilin (salutan wax) yang melapisi mee tersebut agar tidak melekat antara satu sama lain yang akan membahayakan kesihatan penggunanya.

Jika kita perhatikan, Mi kuning yang belum dimasak di kedai akan kelihatan berminyak.Lapisan minyak ini akan mengelakkan mi tersebut dari melekat antara satu sama lain. Mi Wonton pula yang masih mentah biasanya ditaburkan tepung agar terhindar dari melekat.

Seseorang yang mengambil mee segera setiap hari berisiko menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahawa tubuh kita mengambil masa lebih dari dua hari untuk membersihkan salutan wax tersebut.


font-size: 12px; line-height: 19px;">Seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang telah berhenti perkhidmatannya dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga. Dia tidak memasak tetapi kerap makan Mie segera setiap kali waktu makan. Kemudian akhirnya menderita kanser dan meninggal.

Dalam kes yang berasingan, SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, dimana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah baginya adalah mengambil mee segera setiap hari. Kemudian, beliau juga disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.




Selain itu, kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Makanan disini juga tinggi kandungan bahan pengawetnya.

Seterusnya, makanan segera juga mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi serta bahan pengawet yang berbahaya. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutamanya kanak-kanak. 

Sampah di sini bukan bermaksud sampah yang dalam tong sampah tu ataupun sampah masyarakat, tetapi dimaksudkan ialah benda yang tidak berguna. Ini kerana, keburukan makanan segera mengatasi kebaikannya sendiri.

*saya harap dengan maklumat yang ringkas dan padat ini dapat memberi faedah kepada kita untuk selalu makan makanan yang sihat...trimas


Saturday 6 July 2013

Makanan buahan yang banyak mengandung vitamin...

Setiap hari kita makan buah-buahan atau lebih dikenali buah cuci mulut selepas kita sudah makan malam tanpa mengetahui apakah khasiat buah itu kepada kita. Mari kita lihat apa yang perlu kita ketahui dari beberapa jenis buah yang mempunyai kandungan zat serta vitamin yang baik kepada tubuh kita seharian.


1.        BUAH TOMATO

a.       Tomato mengandung vitamin A, B1 dan C.

b.      Tomato dapat membantu membersihkan hati dan darah kita. Serta dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti Gusi berdarah.

·         Rabun senja.

·         Penggumpalan darah.

·         Usus buntu.

·         Kanser payudara.

2.    BUAH BETIK

a.       Betik mengandung vitamin C dan provitamin A.

b.      Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan, melancarkan saluran pencernaan makanan. Dan dapat mengubati beberapa penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :

·         Menyembuhkan luka.

·         Menghilangkan alergi.

3.        BUAH PISANG

a.       Pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.

b.      Pisang bisa membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh. Pisang dapat mengubati beberapa penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti:

·         Gangguan pada lambung.

·         Penyakit jantung dan stroke.

·         Stress.

·         Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

4.        BUAH MANGGA

a.       Mangga mengandung vitamin A, E dan C.

b.      Mangga dapat bertindak sebagai membersihkan darah. Mangga juga dapat menanggulangi atau mengubati beberapa penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :

·         Bau badan atau bau tubuh yang tidak enak.

·         Menurunkan panas badan semasa demam.

5.    BUAH STRAWBERRY

        a.        Strawberry mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C.

b.      Strawberry mengandungi antioksidan untuk melawan zat radikal bebas, strawbery memiliki kegunaan atau fungsi kesehatan lain seperti :

·         Mengubati gangguan kesihatan pada kandung kemih.

·         Menjadi anti virus.

·         Menjadi anti kanser.

6.        BUAH APEL

a.       Apel mengandungi vitamin A, B dan C.

b.        Apel dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah, apel mempunyai kegunaan atau fungsi kesihatan lain seperti :

·         Menjadi zat anti kanser.

·         Mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.

7.        BUAH PEAR

a.       Pear mengandungi vitamin C dan provitamin A.

b.      Pear mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesehatan. Pear dapat mencegah beberapa penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :

·         Menurunkan demam atau panas tubuh dan mengilangkan dahak pada batuk berdahak.



Hari Kek Lapis SARAWAK

Mari kita mengetahui kenapa 'kek Lapis Sarawak' SEDAP. Mahu cuba buat sediri....dan rasainya sendiri.
Mari...ikut langkah buat Resepi kek lapis Sarawak yang betul.

Hari ni saya nak share resepi 'Kek Lapis Sarawak' yang sangat SEDAP. Dengan texture kek yang halus ditambah dengan kelemakkan dan wangian butter yang digunakan, juga kelembutan dan kelembapan kek bertambah dengan ada nya jem dalam bancuhan tersebut.
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong

BAHAN D
Mewarna Hijau, kuning dan merah

Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.

Cara-Cara melapis:-
1.      Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2.      Alaskan dengan kertas minyak.
3.      Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebalnya.
4.      Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5.      Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6.      Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7.      Sapu sedikit butter di atas nya.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.


* Selamat menjamu selera .....

Tuesday 2 July 2013

Diary Food Diet bersama SDll

Mahukan badan yang ideal...yang anda impikan.
Mari cuba ikut jadual diary diet bersama SDll.

Mulakan dengan pengambilan SDll 2 skup, 1.5gm pada setiap breakfast, lunch, dinner dan supper.

7.00am Sarapan Pagi:

Telur setengah masak = 2 biji, 2gm.
Kicap lemak masin = 15ml, 4gm.
Sosej = 2 ketul, 8gm.
Chili sos (Nandos) = 2 sudu, 0.1gm.
Minuman teh hijau = 0.5 litre, 0gm.
 

12.00pm Makan Tengahari:

Gulai ikan kembung = 1 ekor, 0.5gm.
Tauhu = 2 keping, 4gm.
Tomoto = 1 biji, 5gm
Minuman air kosong = 0.5 litre, 0gm.
  

7.00pm Makan Malam:

Peha ayam panggang = 1/4 ekor.
sup kambing = 1 mangkuk.
Sayur salad = 1cwn, 2gm.
Minuman air kosong = 0.5 litre, 0gm.
  
 


10.00pm Supper:

Minuman teh hijau.